Showing posts with label lovely. Show all posts
Showing posts with label lovely. Show all posts

Wednesday, September 3, 2014

~::Bila Si Jarum bertemu Si Benang & bersatu dgn Si Felt::~

Assalammualaikum...

Apa khabar pagi ni? Mala, Alhamdulllillah..sihat ...walaupun adalah kekadang sakit perut datang menyapa. Di entry kali ni nak share lah sikit2 hasil kraf yg Mala dh siapkan akibat daripada tahap bosan yang melampau.


tadaaa~ saiz keychain yg segiempat tu kecil ja. saja nak buat tanpa menggunakan fiber. tak nak nampak gemuk keychain tu..sesuai di gantung di kunci n xberat.


aippp....terupload plk pic c gemok ni tgh makan..this is my cat..si Puteh..malas nk pikir nama pelik2. tgk tu habis licin dia mkn.mana tak gemok ...


ni pulak 4 ekor kitty yg saya saja buat (kpd sapa2 yg berminat, sila lah order k (~.^)b ). ni hasil drpd menggoogle cute felt keychain kat tenet..tgk comel,  Mala pun try lah.. ini lah hasilnya..


Love~Love~Love...fav Mala ni..walau sibuk mcm mana pn kalau gian nk menjahit felt mesti love jgk yg Mala buat. I dunno why..ahaks!~ in the end of the day, bnyk lah love terhasil.. love2 ni pun open for order k.


3 ekor robot yg xmacam robot.hahaha...dalam hati ada love ini robot. 

Sekian shaja utk kali ni. kpd sesiapa yg nk ordr, blh email di normalajunaidi@gmail.com or sms/whatsapp di 0128295342.

Thank u (^^,)b

Wednesday, February 15, 2012

Kusimpan Namanya di Sudut Hati

Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,

Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..

Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..

Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..

Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...

Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..

Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..